Friday, November 20, 2020

PUISI JIWA KU


 




The language of heart

"Hujan turun dengan lebat-selebatnya tika ini seolah-olah memahami seribu persoalan yang timbul di segenap lurah-lurah jiwa ku.Aku mencari CINTA yang dulu bersahabat baik dengan diri ku di tika masa dahulu.CINTA yang aku rasakan ini sukar untuk diperjelaskan dengan kata-kata ya,jika didalam kegelisahan bukan lagi CINTA,jika didalam kerendahan jiwa bukan lagi CINTA dan jika di dalam ketakutan bukan lagi CINTA. Sesungguhnya itu semua bukan lagi perihal CINTA.Perihal CINTA yang aku rasakan dulu tidak dapat membezakan antara si penyayang dan si pembenci,tidak dapat membezakan antara si melakukan ketaatan dan si melakukan maksiat,tidak dapat membezakan diantara sang kaya dan sang miskin,tidak dapat membezakan diantara yang setia dan pengkhianat dan CINTA yang tidak dapat membezakan diantara manusia dan alam jagat.Aku mencari CINTA itu di setiap helaian Al-quran,disetiap doa,di setiap ceramah ,di setiap solat 5 waktu ku,di setiap amal kebaikan ku dan di setiap senyuman manis yang terukir di bibirku tidak juga aku temukan Sang CINTA yang pernah bersahabat baik denganku.Jika kalian menemui SANG CINTA tolong kasi khabar padanya bahawa sahabat lama sedang mencarinya"



Assalamulaikum semua,aku berharap kalian menikmati puisi aku ya.TERIMA KASIH 


No comments:

Post a Comment

  "Wahai jiwa secantik bunga rose setenang kelopaknya" Assalamualaikum wbt sahabat-sahabatku semoga sentiasa di salam rahmat dan k...