Friday, November 20, 2020

Keharmonian Jiwa



 


Assalamualaikum semua,penulisan pertama aku hari ini adalah untuk berkongsi dengan semua
tentang syair hikmah daripada seorang Sufi dan penyair iaitu Rumi. Nama sebenar Rumi adalah Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi dan beliau merupakan seorang penyair ,Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13. Rumi dilahirkan pada 30 September 1207 di Daerah Balkh Afghanistan dan meninggal dunia pada 17 Disember 1273.

Aku sangat mencintai semua syair dari Rumi dan hari ini nak kongsikan salah satu syair yang popular dikalangan pengagum syair Rumi:


"Yesterday I was clever, so i wanted to change the world,
Today i am wise,so i am changing myself"-Rumi


Seperti kita lihat hari ini ramai diantara kita yang bergaduh,suka menghukum,merendahkan orang lain mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya.Seperti kita memandang diri kita ini terlalu sempurna tanpa cacat celanya,Namun kita terlupa bahawa manusia yang paling tenang dan dikasihi oleh Tuhan adalah seorang yang selalu mencuba untuk memperbaiki diri sendiri,munasabah diri sendiri,dan kasih sayang kepada yang lain.

Kita selalu menyalahtafsir kalah dan mengalah.Ramai yang beranggapan kalau tidak berdebat,tidak bergaduh mengenai pendapat yang diutarakan maka dia seorang loser walha jika kita diam maka yang berkata-kata akan turut diam kerana penat diri sendiri.Kita bukanlah kalah tapi kita lebih ingin menjaga keharmonian jiwa,menjaga hubungan sesama manusia.Sesuailah dengan Firman ALLAH"Kembali lah kamu ke sisi TuhanMU dengan jiwa yang tenang dan damai".INSYAALLAH

Sebelum aku akhiri penulisan hari ini jom kita sedekahkan AL-FATIHAH buat diri kita sendiri,semua muslim dan Tokoh Rumi.

Bye-bye semua jumpa lagi di masa lain.

  

No comments:

Post a Comment

  "Wahai jiwa secantik bunga rose setenang kelopaknya" Assalamualaikum wbt sahabat-sahabatku semoga sentiasa di salam rahmat dan k...