Tuesday, December 8, 2020

 


"Wahai jiwa secantik bunga rose setenang kelopaknya"


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabatku semoga sentiasa di salam rahmat dan kasih sayang ALLAH hendaknya.

Hidup adalah hidup ia menjadi tulisan Tuhan yang tidak boleh dipadamkan lagi.Allah sentiasa bersama kita hayati dan renunglah diri kita sendiri Maha sempurnanya ALLAH itu,syukur alhamdulillah kerananya kita masih mampu berkasih sayang menjalani hidup yang indah ini.

Yakini dan imanilah bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak Tuhan dan kehendak tuhan adalah yang maha terbaik buat hamba-hambaNya yg dikasihi.Turut dan bergembira sajalah bila berada disini semaikan benih-benih cinta di dalam jiwa kerana di jiwalah tempat ALLAH bersemadi.

InsyaAllah setiap jalan ada pintunya setiap kegelapan akan ada sinar dihujungnya jalani dan nikmati proses hidup ini jangan sampai kita merungut,mengeluh dan berkata Tuhan tidak adil..JANGAN sayang-sayangKu semua

Moga yg jauh didekati,moga yang sakit disembuhkan,moga yang terluka digembirakan dan moga yang berair mata dijadikan mata air gembira yang mengalir melaluinya......

Semoga sejahtera dan bahagia selalu SAYANG ku....



Saturday, November 28, 2020






Assalamulaikum dan selamat malam kawan2....

Malam ni aku nak share sedikit tentang topik "what you believe you receive".Kalau ikut ajaran agama islam jika kita mahu sesuatu mohonlah pada Allah dan percaya so dalam konteks agama islam menyeru agak umatnya berdoa dan yakin.

So malam ni aku nak share pendapat peribadi aku sendiri dari mana kita nak dapatkan kepercayaan (belief) and faith(iman) adakah hanya dengan hanya berkata aku yakin,aku percaya,aku boleh tanpa melalui apa-apa fasa dalam hidup kita.Jadi dari mana kita nak dapat kepercayaan yang tidak berbelah bagi ialah melalui pembacaan,pengalaman.

Pertama kali jika kita mahukan pengalaman we must read first about the knowledge tentang apa pengalaman yang kita mahukan bukan hanya follow the crowded or ikut membabi buta sahaja.So dari membaca kita dapat pengetahuan mesti anda semua pernah dengar ayat ini kan"membaca ialah jambatan ilmu pengetuan".Okay

Melalui pengalaman kita akan perolehi strong belief and faith tentang apa yang kita mahu atau lakukan.Dan bila sudah yakin baru kita boleh dapat apa yang kita mahu dengar hati yang gembira tanpa kekecewaan dengan proses untuk dapatkan apa yang kita kan.So semua tetaplah kepercayaan yang kuat dan yakinlah kita akan dapatkannya satu hari nanti tak kisahlah apa yang diri seseorang itu mahukan.

okay done sharing malam ini.
Just simple sharing from me

Rossi Abdullah

Saturday, November 21, 2020


Mungkin kerana kata-kata kita yang positif hari ini dapat menyelamatkan ribuan jiwa yang berada di jalan penderitaan,kesengsaraan dan putus harapan tiada siap yang tahu kan.Dunia semakin tenat buat jiwa-jiwa yang semakin hari semakin lemah


Tanda ketaqwaan adalah kita berkata yang baik-baik daripada kata-kata dusta,nista dan merendahkan diri orang lain.


Hari ini kita menjadi penguat buat orang lain dan di masa akan datang kata-kata orang lain menjadi ubat penguat buat jiwa kita sendiri


Aku doakan semoga Tuhan sentiasa memberkati semua jiwa-jiwa yang menghadapi dugaan dan cabaran diwaktu yang sangat darurat ini.


Tuhan itu selalu ada bersama kita,jangan kita takut yakinlah selalu duhai jiwa-jiwa hidup ini sangat indah dan yang susah dan perit akan pasti berlalu kita pandanglah diri kita di waktu yang lepas bagaimana kita mampu berdiri menghadapi ujian yang lagi dasyat dari ini.

Salam bahagia buat jiwa-jiwa yang indah lagi baik


 

Friday, November 20, 2020

PUISI JIWA KU


 




The language of heart

Keharmonian Jiwa



 


Assalamualaikum semua,penulisan pertama aku hari ini adalah untuk berkongsi dengan semua
tentang syair hikmah daripada seorang Sufi dan penyair iaitu Rumi. Nama sebenar Rumi adalah Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi dan beliau merupakan seorang penyair ,Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13. Rumi dilahirkan pada 30 September 1207 di Daerah Balkh Afghanistan dan meninggal dunia pada 17 Disember 1273.

Aku sangat mencintai semua syair dari Rumi dan hari ini nak kongsikan salah satu syair yang popular dikalangan pengagum syair Rumi:


"Yesterday I was clever, so i wanted to change the world,
Today i am wise,so i am changing myself"-Rumi


Seperti kita lihat hari ini ramai diantara kita yang bergaduh,suka menghukum,merendahkan orang lain mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya.Seperti kita memandang diri kita ini terlalu sempurna tanpa cacat celanya,Namun kita terlupa bahawa manusia yang paling tenang dan dikasihi oleh Tuhan adalah seorang yang selalu mencuba untuk memperbaiki diri sendiri,munasabah diri sendiri,dan kasih sayang kepada yang lain.

Kita selalu menyalahtafsir kalah dan mengalah.Ramai yang beranggapan kalau tidak berdebat,tidak bergaduh mengenai pendapat yang diutarakan maka dia seorang loser walha jika kita diam maka yang berkata-kata akan turut diam kerana penat diri sendiri.Kita bukanlah kalah tapi kita lebih ingin menjaga keharmonian jiwa,menjaga hubungan sesama manusia.Sesuailah dengan Firman ALLAH"Kembali lah kamu ke sisi TuhanMU dengan jiwa yang tenang dan damai".INSYAALLAH

Sebelum aku akhiri penulisan hari ini jom kita sedekahkan AL-FATIHAH buat diri kita sendiri,semua muslim dan Tokoh Rumi.

Bye-bye semua jumpa lagi di masa lain.

  

  "Wahai jiwa secantik bunga rose setenang kelopaknya" Assalamualaikum wbt sahabat-sahabatku semoga sentiasa di salam rahmat dan k...